Press Release
[PDF Version]

Cara baru membeli-belah di Stesen RapidKL LRT

December 21, 2017
Written by
Jessie Chia

Kiosk digital Trendy County mampu mengubah persepsi umum bahawa mesin layandiri hanya menjual produk asas yang bernilai rendah disebabkan fungsi mesin yang terhad.

Kuala Lumpur
,
21
December
2017

Kini terdapat cara baru membeli-belah di stesen-stesen RapidKL LRT yang mudah, cepat dan menyeronokkan, pada setiap masa, setiap hari.

Sejak 16 Disember, pelancong dan penumpang yang menggunakan LRT Laluan Kelana Jaya  pasti teruja dengan tiga kiosk jualan digital yang canggih dan menarik yang ditempatkan di stesen-stesen KL Sentral, Masjid Jamek dan Ampang Park. Ia menjadikan pengalaman membeli belah anda lebih cepat, mudah dan tanpa perlu menunggu.

Kiosk digital ini dimiliki oleh syarikat tempatan Trendy County yang mencipta konsep, reka bentuk dan teknologi kiosk jualan digital ini. Trendy County adalah peneraju dalam bidang membeli-belah pelbagai saluran (omnichannel) yang bakal mengubah cara pengguna membeli dengan menyediakan pengalaman membeli-belah yang unik yang bukan sahaja mudah tetapi juga mampu dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

"Apa yang membezakan kiosk digital Trendy County daripada mesin layandiri yang lain adalah skrin sentuh (touchscreen panel) berpaparan besar, dilengkapi dengan teknologi realiti maya (augmented reality (AR)) ciri dan kebolehhubungan dengan media sosial," kata pengarah urusan Trendy County, Jasvinder Singh.

Produk-produk yang disediakan adalah aksesori telefon pintar seperti kabel pengecas, powerbank, pemacu memori USB, bateri, fon telinga, kamera aksi, pengecas tanpa wayar, barangan mainan dan koleksi terhad. Harga produk yang dijual bermula dari RM10 hingga RM499.

"Produk-produk tersebut adalah antara yang paling popular di kalangan penumpang LRT. Kiosk digital ini memberi kemudahan kepada para pengunjung dan pelancong untuk mendapatkan produk yang berkualiti pada harga yang berpatutan." kata Jasvinder.

Kiosk digital Trendy County mampu mengubah persepsi umum bahawa mesin layandiri hanya menjual produk asas yang bernilai rendah disebabkan fungsi mesin yang terhad. Kiosk-kiosk digital ini bukan hanya yang direka khas mengikut saiz dan jenis produk yang dijual, malah mesin-mesin ini juga beroperasi dengan menggunakan teknologi ICT yang direkacipta oleh jurutera tempatan.

"Sebab itu kiosk digital kami boleh menawarkan pelbagai produk bernilai lebih tinggi dengan saiz-saiz yang berbeza. Energizer, Sony, Sandisk dan Samsung adalah antara jenama produk yang dijual di kiosk-kiosk jualan digital Trendy County," kata pengarah eksekutif Trendy County, Raja Ahmad Fauzan.

Peminat-peminat mainan dan barangan koleksi terhad pasti gembira dengan model kereta Hot Wheels, model keretapi Thomas & Friends dan patung Barbies yang boleh didapati dengan mudah daripada kiosk digital ini. Barang mainan dari Mattel dan Hasbro juga ditawarkan di Trendy County.

Di samping itu, peralatan kecantikan Panasonic Beauty seperti pencukur elektrik dan perapi rambut untuk lelaki dan epitalor untuk wanita turut ditawarkan oleh kiosk-kiosk digital Trendy County – rangkaian mesin layandiri yang pertama untuk berbuat demikian.

"Kami memastikan bahawa hanya produk-produk berkualiti tinggi sahaja yang ditawarkan dan pada harga yang berpatutan. Kami juga menawarkan jaminan jualan sekurang-kurangnya 6 bulan untuk setiap barangan elektronik yang dijual oleh Trendy County, sesuatu yang tidak akan anda dapati daripada barangan mesin layandiri yang lain.

Walaupun mesin layandiri bukanlah sesuatu yang baru di pasaran, namun Jasvinder yakin kiosk digital Trendy County yang unik ini mampu mencetuskan satu fenomena baru di pasaran, menambah keceriaan dan kepelbagaian kepada RapidKL LRT sebagai pengangkutan awam utama di Lembah Klang.

"Kami mempunyai pusat khidmat pelanggan yang akan melayani panggilan telefon dan mesej pesanan ringkas untuk memberi penyelesaian kepada sebarang permasalahan dan kemusykilan. Kami juga pasti akan membalas e-mel dalam masa tiga jam, manakala aduan melalui media sosial juga akan dijawab segera. Inilah yang menonjolkan kelainan pada Trendy County," kata Jasvinder.
"Pihak PRASARANA dalam usaha untuk menawarkan pengalaman membeli-belah yang menarik dan kami di Trendy County ingin merealisasikan aspirasi tersebut dengan menyediakan satu cara membelibelah baru yang memenuhi keperluan semua pengguna LRT. Kami sedang berusaha untuk menambah lebih banyak kiosk di stesen-stesen lain di masa terdekat," tambah Raja Ahmad Fauzan.

Bersempena dengan pembukaan kiosk di stesen LRT, Trendy County menjalankan promosi yang menawarkan hadiah-hadiah cabutan bertuah untuk setiap pembelian barangan berjenama model kereta Hot Wheels dan kabel TC Premium. Pelanggan hanya perlu berbelanja dari RM10 untuk berpeluang memenangi wang tunai berjumlah RM5 hingga RM88, set edisi terhad Hot Wheels bernilai RM170 dan barangan aksesori telefon Belkin bernilai RM400. Promosi berakhir